Friday 19 August 2011

Disini Ia Bermula


      Hari nie merupakan hari penentu perjalanan kehidupan aku kat university nanti….result UPU akan kuar ari ni.So, jgn ditanye lah betapa nervousnye aku time ni…xtau la ape result die nanti,harap-harap ape yg aku mintak tu dapat..amiin…So, arini aku nk kongsi sikit pasal pengalaman aku time sekolah rendah.Aku telah mendapat pendidikan awal di SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGORA..Ape yg specialnye tentang sekolah ni adalah bilangan studentnya yg sikit...overall student sumenye ade dalam 115 org….bdk2 batch aq plak ade lebih kurang 18(time nk amek UPSR)…Jadi, bagi bdk2 yg skolah kt bandar, mungkin diorg akan rse pelik dengan bilangan yg kecil ni.Walau ape pun, hakikatnye aku pernah menuntut ilmu kt situ dr tahun 1998-2004..Walaupun skolah aku kecil, ade kelebihan yg student2 kt situ bley dapat…
    1-Kurang persaingan untuk menjadi wakil sekolah dalam kejohanan sukan
    2-Kurang persaingan dalam peperiksaan
    3-Semua dapat buku teks percuma (dulu peminjam buku teks akan dipilih)
    4-Tidak perlu beratur panjang kalau nak beli makanan kat kantin
    Nampak tak berape punye banyak advantage yang korang akan dapat….tu pun aku x abes list kan sume lagi tu…Dari segi kekurangan pulak,mungkin dari segi fasiliti sukan sebab sekolah aku xde padang bola, cuma ade court takraw jer..Walau bagaimanapun, SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGORA pernah menjadi johan pertandingan bola baling.johan nasyid dan beberapa lagi( banyak sgt klu nk citer)….Dari segi  akademik pulak, SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGORA tak pernah miss melahirkan pelajar yang mendapat keputusan yg cemerlang dalam peperiksaan, especially dalam UPSR.Alhamdulillah, aku pun dapat keputusan yg cemerlang gak diatas tunjuk ajar cikgu2, dorongan ibu bapa, dan sokongan dr kawan2…..thanx y’all…
     Nama bdk2 batch 9804….Nazwan,Mamat,Yusri,Farizal,Faiq,Duan,Aniq Hilman,Tarmizi,Firdaus, Fendi,Erie Sazri,Adam Musa,Faezuddin,Fadhli,Nurul Farhana,Nurul Azilah,Nuzul Azlah, Hidayah, Athirah,Syikin,Khadijah,Astura,Aziatul Alma,Farah Wahidah,Saadah……tu je la kot, klu tertinggal bagitau r nnti…Nama-nama yg aku senaraikan ini merupakan kawan-kawan pertama aku sebab kiteorang jumpa sama2 time pra sekolah kat SEKOLAH KEBANGSAAN SENGGORA…dan kami mengharungi pahit getir hidup zaman sekolah rendah bersama-sama sampailah kami graduate…hahaha…


Wednesday 13 July 2011

HARIMAU MALAYA DAN MENTALITI MELAYU

     Pasukan bolasepak Malaysia@Harimau Malaya telah mencipta sejarah sendiri dengan menamatkan kemarau memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos dan menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertamanya.Peningkatan yang berlaku ini mula berhasil apabila tampuk kejurulatihan telah berpindah kepada Datuk K. Rajagobal dan beliau telah melakukan segala yang terbaik setakat ini.Sekiranya dulu jersi pasukan negara dijadikan alas periuk nasi, sekarang peminat-peminat bola sepak tanah air berebut-rebut untuk mendapatkannya.Sekiranya dulu tiada siapa yang menyokong pasukan negara, sekarang telah wujud kelab penyokong yang menggelar diri mereka sebagai ULTRAS MALAYA yang sentiasa memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya.Selain itu nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha,Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi telah mula meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air.
     Jadi, apakah rasionalnya Harimau Malaya dikaitkan dengan mentaliti Melayu…???Secara realitinya kita harus menerima kenyataan bahawa kebanyakan orang Melayu hanya akan menyokong sesuatu perkara jika ia berada di atas bersama kegemilangan yang dicapai.Sebagai contoh, sekitar tahun 2000-2008 pasukan bola sepak kita telah dikritik, dicerca dan dikutuk ekoran prestasi yang amat mengecewakan, tetapi lain pula ceritanya sekarang apabila beberapa kejayaan telah ditempa oleh mereka.Selain itu,saya telah dapat mengenal pasti beberapa pola mentaliti orang Melayu yang telah wujud sekian lama….

-Mentaliti positif(positive thinking)….tidak kira jika kemenangan atau kekalahan yg diraih,sokongan padu tetap diberikan.Sebagai contoh, Ultras Malaya.
-Mentaliti negatif(negative thinking)….tidak memberi sokongan langsung jika kemenangan yg diraih, tetapi jika kalah akan dikritik habis habisan.Sebagai contoh, apabila Malaysia menang ke atas Indonesia misalnya, dia akan kata “beselah tu menang nasib jer”..dan jika Malaysia kalah kepada Indonesia dia akan kata “beselah tu kalah,main mcm bdk skolah jer”
-Mentaliti pasif(passive thinking)….golongan yg mempunyai mentaliti seperti ini adalah orang yang paling tidak berguna.Golongan ini tidak mengambil tahu langsung perihal isu semasa terutamanya sukan bahkan tidak kenal langsung siapa Safee Sali dan Harimau Malaya.Golongan ini juga mempunyai tahap pengetahuan am yang sangat minima kerana hanya terikat kepada satu-satu perkara dan tidak berani explore perkara-perkara baru.

   Jadi,apakah mentaliti kita??Tidak kira apa jua pun mentaliti kita, kita perlu menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik.Penuhkan segala ilmu dan pengetahuan am di dalam minda dan sematkan di dalam hati dalam usaha untuk menjadi generasi yang bertransformasi dan celik akal.
MAJULAH ARENA SUKAN UNTUK NEGARA