Wednesday 13 July 2011

HARIMAU MALAYA DAN MENTALITI MELAYU

     Pasukan bolasepak Malaysia@Harimau Malaya telah mencipta sejarah sendiri dengan menamatkan kemarau memenangi pingat emas di Sukan Sea Laos dan menjuarai Piala AFF Suzuki buat kali pertamanya.Peningkatan yang berlaku ini mula berhasil apabila tampuk kejurulatihan telah berpindah kepada Datuk K. Rajagobal dan beliau telah melakukan segala yang terbaik setakat ini.Sekiranya dulu jersi pasukan negara dijadikan alas periuk nasi, sekarang peminat-peminat bola sepak tanah air berebut-rebut untuk mendapatkannya.Sekiranya dulu tiada siapa yang menyokong pasukan negara, sekarang telah wujud kelab penyokong yang menggelar diri mereka sebagai ULTRAS MALAYA yang sentiasa memberi sokongan padu kepada Harimau Malaya.Selain itu nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha,Muslim Ahmad dan Khairul Fahmi telah mula meniti di bibir para peminat bola sepak tanah air.
     Jadi, apakah rasionalnya Harimau Malaya dikaitkan dengan mentaliti Melayu…???Secara realitinya kita harus menerima kenyataan bahawa kebanyakan orang Melayu hanya akan menyokong sesuatu perkara jika ia berada di atas bersama kegemilangan yang dicapai.Sebagai contoh, sekitar tahun 2000-2008 pasukan bola sepak kita telah dikritik, dicerca dan dikutuk ekoran prestasi yang amat mengecewakan, tetapi lain pula ceritanya sekarang apabila beberapa kejayaan telah ditempa oleh mereka.Selain itu,saya telah dapat mengenal pasti beberapa pola mentaliti orang Melayu yang telah wujud sekian lama….

-Mentaliti positif(positive thinking)….tidak kira jika kemenangan atau kekalahan yg diraih,sokongan padu tetap diberikan.Sebagai contoh, Ultras Malaya.
-Mentaliti negatif(negative thinking)….tidak memberi sokongan langsung jika kemenangan yg diraih, tetapi jika kalah akan dikritik habis habisan.Sebagai contoh, apabila Malaysia menang ke atas Indonesia misalnya, dia akan kata “beselah tu menang nasib jer”..dan jika Malaysia kalah kepada Indonesia dia akan kata “beselah tu kalah,main mcm bdk skolah jer”
-Mentaliti pasif(passive thinking)….golongan yg mempunyai mentaliti seperti ini adalah orang yang paling tidak berguna.Golongan ini tidak mengambil tahu langsung perihal isu semasa terutamanya sukan bahkan tidak kenal langsung siapa Safee Sali dan Harimau Malaya.Golongan ini juga mempunyai tahap pengetahuan am yang sangat minima kerana hanya terikat kepada satu-satu perkara dan tidak berani explore perkara-perkara baru.

   Jadi,apakah mentaliti kita??Tidak kira apa jua pun mentaliti kita, kita perlu menjadi yang terbaik dalam kalangan terbaik.Penuhkan segala ilmu dan pengetahuan am di dalam minda dan sematkan di dalam hati dalam usaha untuk menjadi generasi yang bertransformasi dan celik akal.
MAJULAH ARENA SUKAN UNTUK NEGARA

No comments:

Post a Comment